Imam Mahdi akan memerintah seluruh dunia ini dengan penuh adil dan aman
damai selama tiga puluh tahun. Pada tahun ketiga puluh satu pemerintahannya,
akan keluarlah suatu makhluk yang sangat hebat dan sangat besar fitnahnya
terhadap seluruh umat manusia yang mampu membinasakan seluruh kemanusiaan.
Itulah Dajjal yang selalu disebut-sebutkan oleh baginda SAW kepada para sahabat
RA. Sungguh, fitnah Dajjal itu amatlah besarnya sehingga tidak ada fitnah yang
lebih besar daripada fitnah Dajjal itu, sejak dijadikan-Nya bumi ini sehinggalah
kiamat ditiupkan oleh malaikat Israfil AS.
Dajjal mula-mula keluar dari suatu jalan di wilayah Khurasan, lalu
membuat kerosakan ke kanan dan ke kiri iaitu menuju ke Barat dan kemudian ke
Timur pula. Dajjal pergi ke barat untuk mendapatkan kaum Yahudi Asbihan yang
merupakan kumpulan askar-askar kanannya. Pada masa ini, hampir semua kaum Yahudi
akan menjadi askar Dajjal yang setia kerana mereka ini akan diberinya pakaian,
makanan dan minuman yang secukupnya sedangkan pada masa itu kebuluran sedang
bermaharaja lela di seluruh dunia, terutama di sebelah yang tidak memeluk Islam.
Sepanjang tempoh pemerintahan Dajjal yang selama 40 hari itu, umat Islam
terkepung di dalam kota Makkah, di kota Madinah, di Bukit Tursina dan di
Baitulmaqdis iaitu pusat pemerintahan Imam Mahdi. Umat Islam yang berada di luar
dari kawasan lindungan ini semuanya akan mati dibunuh oleh Dajjal
yang amat kejam itu. Jika tidak mati pun, sudah pasti mereka akan berjaya
dipengaruhi oleh Dajjal untuk menjadi pengikutnya. Umat Islam yang terkepung ini
akan mengalami kesusahan yang amat sangat, kebuluran dan kesusahan. Kerana
kehabisan makanan dan minuman, mereka menadah embun untuk diminum dan memakan
tulang-tulang yang telah ditumbuk sehingga hancur.
Semuanya terpaksa ditanggung oleh mereka dan tidak terkecuali juga Imam
Mahdi sendiri. Dajjal setiap hari akan mendatangi kota Makkah dan cuba untuk
memasukinya tetapi gagal kerana jalan-jalan masuk ke kota suci itu sedia dikawal
oleh malaikat yang berlapis-lapis sehingga tiada ruang untuk Dajjal dan
pengikut-pengikutnya memasukinya walau dengan apa cara pun. Dajjal juga setiap
hari akan cuba memasuki kota Madinah tetapi gagal juga. Dan pada setiap pagi,
selepas subuh, Dajjal akan pergi ke Baitulmaqdis untuk melihat keadaan umat
Islam yang sedang terkepung itu dan cuba mempengaruhi mereka agar menjadi
pengikutnya.
Pada pagi keempat puluh, Dajjal datang ke Baitulmaqdis seperti biasa
bersama-sama askar Yahudinya itu untuk melihat keadaan umat Islam yang semakin
lemah kerana telah lama kehabisan makanan. Tujuannya adalah untuk mempelawa
mana-mana umat Islam yang sudi menjadi pengikutnya. Apabila sampai sahaja ke
sana, tiba-tiba Dajjal ternampak Nabi Isa AS sedang berada di tengah-tengah umat
Islam, sudah turun dari atas langit dan bersiap sedia membawa tombak di
tangannya. Dajjal sangat terkejut melihat keberadaan Nabi Isa AS kerana sedia
diketahuinya bahawa itulah tanda umurnya akan habis. Maka pada ketika itu juga
Dajjal cuba lari daripada Nabi Isa AS itu. Tinggallah askar-askarnya yang
bertempiaran lari, namun segera dibunuh oleh Nabi Isa AS kesemuanya sehingga
mereka mati tidak jauh dari situ.
Nabi Isa AS kemudian segera mengejar Dajjal dari belakang. Oleh kerana
terlalu gemuk, pergerakan Dajjal itu amatlah payah, sedangkan Nabi Isa AS itu
mengejarnya dari belakang melalui udara, iaitu dengan terbang di udara seperti
terbangnya burung dan tidak menggunakan jentera. Itu adalah salah satu mukjizat
beliau yang Allah kurniakan kepadanya khusus untuk digunakan pada akhir zaman
nanti, setelah diturunkan semula ke dunia ini. Dajjal lari ke serata tempat
sedangkan Nabi Isa AS semakin dekat di belakangnya. Akhirnya sewaktu tiba di
Baitulmaqdis, Dajjal berjaya dibunuh oleh Nab Isa AS.
Selepas Dajjal mati, umat Islam yang tinggal sedikit sahaja lagi itu
keluar dari dalam kawasan lindungan dan dengan bantuan Nabi Isa AS, mereka
memerangi bangsa Yahudi. Seterusnya orang-orang Yahudi dibunuh sehabis-habisnya,
tiada seorang pun dari mereka yang dibiarkan hidup melainkan yang benar-benar
beriman sahaja. Semasa memerangi orang Yahudi ini, batu dan pokok turut
membantu. Ini adalah sebahagian lagi mukjizat Nabi Isa AS dan keramat Imam
Mahdi.sumber : http://www.oocities.org/imam_mahdi_al_muntazar/dajjal_dan_turunnya_nabi_isa_as.htm
No comments:
Post a Comment